Tuesday, August 7, 2012
Siri 855 - Frasa `orang ramai', `ramai orang' dan `banyak orang'
Soalan:
Cikgu, apakah perbezaan antara frasa `orang ramai' dengan `ramai orang' serta `banyak orang'?
Daripada:
SMS 0199014909
Jawaban:
Untuk mengetahui perbezaan ketiga-tiga frasa tersebut, sila lihat ayat yang di bawah ini:
1. Pihak polis menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan itu pada hari Sabtu ini.
2. Ramai orang yang berkunjung di pasar Ramadan itu pada setiap petang.
3. Banyak orang yang tidak faham akan sebab-sebab tindakan itu diambil terhadap kumpulan tersebut.
Ulasan:
Frasa `orang ramai' dalam ayat (1) bermaksud `masyarakat' atau sesiapa sahaja.
Frasa `ramai orang' dalam ayat (2) pula merujuk suasana seperti sibuk, bising, dan sebagainya.
Frasa `banyak orang' dalam ayat (3) pula tidak merujuk suasana tetapi merujuk sejumlah orang yang tidak memahami sesuatu.
Entri Cikgu Abdul Ghalib Yunus yang dipetik daripada laman http://agy7500.blogspot.com/
Siri 862 - Perkataan `menugasi', `menugaskan', `ditugasi' dan `ditugaskan'.
Soalan:
Cikgu, bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan perkataan `menugasi', `menugaskan', `ditugasi' dan `ditugaskan' dalam ayat?
Daripada:
Cikgu R, SMK Confussion
Jawaban:
Kita dapat menggunakan semua perkataan tersebut dengan tepatnya dalam ayat jika kita memahami makna semua perkataan tersebut. Selain itu, kita perlu mengetahui penggunaan perkataan tersebut dalam ragam aktif dan ragam pasif.
Perkataan `menugasi' bermaksud memberikan tugas seseorang, Contoh penggunaan perkataan ini dalam ayat ialah:
1. Pengetua telah menugasi kami menyusun atur cara program tersebut.
Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi seperti yang berikut:
1(a) Kami telah ditugasi oleh pengetua menyusun atur cara program tersebut.
Perkataan `menugaskan' pula bermaksud menyerahkan sesuatu tanggungjawab sebagai tugas kepada seseorang. Lihat penggunaan perkataan tersebut dalam ayat yang di bawah ini:
2. Pengetua menugaskan kerja-kerja penyusunan atur cara program tersebut kepada kami.
Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi seperti yang berikut:
2(a) Kerja-kerja penyusunan atur cara program tersebut ditugaskan oleh pengetua kepada kami.
This Blog Blog Khas untuk Muridku
This Blog
Blog Khas untuk Muridku
Monday, August 6, 2012

Siri 861 – kenali, minati dan ingati
Soalan:
Cikgu, adakah kedua-dua ayat di bawah ini gramatis?
1. Ada beberapa tokoh yang hadir di majlis itu tidak saya kenal.
2,Pilihlah mana-mana mata pelajaran yang anda minat dalam program tersebut.
3. Peristiwa yang berlaku pada tahun lepas itu masih saya ingat.
Saya berharap agar cikgu dapat memberikan penjelasan.
Daripada:
Aida, SMK Seksyen 19, Shah Alam.
Jawaban:
Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan tidak gramatis. Perkataan `kenal’ , `minat’ dan `ingat' dalam ayat tersebut sepatutnya `kenali’, `minati’ dan` ingati'. Ketiga-tiga perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata kerja pasif diri pertama atau kedua. Ketiga-tiga perkataan tersebut berasal daripada perkataan `mengenali’, `meminati’ dan `mengingati’ dalam bentuk aktif. Sila perhatikan ayat yang di bawah ini:
4. Saya mengenali beberapa orang tokoh yang menghadiri majlis itu. (aktif)
5. Saya amat meminati beberapa mata pelajaran yang ditawarkan dalam program tersebut. (aktif)
6. Saya masih mengingati peristiwa yang berlaku pada tahun lepas itu.(aktif)
Apabila dipasifkan, ayat tersebut menjadi ayat yang berikut:
4(a) Beberapa orang tokoh yang menghadiri majlis itu saya kenali. (pasif)
5(a) Beberapa mata pelajaran yang ditawarkan dalam program tersebut amat saya minati. (pasif)
6(a) Peristiwa yang berlaku pada tahun lepas itu masih saya ingati.
Siri 860 - Ayat majmuk pancangan komplemen
Soalan:
Cikgu, apakah jawapan yang tepat untuk soalan yang di bawah ini:
1. Beliau sedar _______ kesenangan hidup yang dikecapinya itu disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki oleh bapanya.
A. dengan
B. tentang
C. kerana
D. akan
Daripada:
Shima, SMKBM
Jawaban:
Dengan berdasarkan pilihan jawapan yang dikemukakan, tiada jawapan yang tepat. Perkataan yang sesuai untuk tempat kosong ialah kata hubung `bahawa'. Hal ini dikatakan demikian kerana ayat tersebut mempunyai dua klausa. Klausa pertama ialah `Beliau sedar'. Klausa yang kedua ialah `Kesenangan hidup yang dikecapinya itu disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh bapanya.' Apabila kedua-dua ayat tersebut digabungkan, kata hubung komplemen `bahawa' digunakan untuk membentuk ayat majmuk pancangan komplemen.
Lihat ayat contoh yang lain:
2. Farah sedar bahawa dirinya benar-benar terperangkap.
Ulasan:
Ayat (2) terdiri daripada dua klausa, iaitu:
Klausa pertama: Farah sedar
Klausa kedua ialah dirinya benar-benar terperangkap
Apabila digabungkan, kata hubung komplemen `bahawa' digunakan.
Ayat (1) yang dikemukakan tidak boleh menggunakan kata sendi nama `akan' atau `tentang' kerana ayat majmuk perlu menggunakan kata hubung bukan kata sendi di tempat kosong yang disediakan. Marilah kita lihat contoh lain yang saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat:
3. Ia tidak sedar bahawa anaknya merosot dari pangkuannya.
4. Mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan memperoleh pengalaman daripada aktiviti tersebut.
5. Ia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dlm bilik itu utk berlara-lara berterusan sahaja.
6. Selepas daripada tangkapan, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja.
7. Kami sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu.
8.Baru sekarang mereka sedar bahawa mereka tersesat.
9. Dia mulai sedar bahawa perbuatannya itu merupakan satu dosa besar.
10. Engkau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan engkau dari sini.
Sebagai kesimpulannya, kuasailah binaan ayat dalam bahasa Melayu seperti ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk. Selain itu, kuasailah penggunaan kata hubung dan kata sendi nama dalam bahasa Melayu. jika kedua-dua aspek ini dikuasai, kita akan dapat menggunakan kata sendi nama dan kata hubung yang tepat dalam ayat.
Siri 859 - Frasa `sangat terkenal sekali'
Soalan:
Assalamulaikum, Cikgu Ghalib
Saya dari SMKSP. Saya ingin bertanya tentang soalan percubaan pmr 2012, soalan no.18 iaitu : Pelakon filem yang sangat terkenal sekali di negara kita telah terpilih untuk mewakili negara ke pesta filem peringkat antarabangsa.Betul ke ayat ini?
Terima kasih.
Daripada:
M.Ahmad
Jawaban:
Wsalam. Ayat tersebut betul kerana perkataan `terkenal' bermaksud masyhur. Oleh itu, frasa tersebut samalah dengan frasa `sangat masyhur sekali'. Semua pengguna perlu memahami bahawa awalan ter- pada perkataan `terkenal' tidak bermaksud paling. Hal ini berbeza dengan frasa `paling tercantik'. Awalan ter- pada perkataan `tercantik' bermaksud paling. Oleh itu, frasa `paling tercantik' salah.
Siri 856 -Perkataan - Petipu, petulis atau petapis
Soalan:
Cikgu, mengapakah wujud perkataan `petinju', bukan `peninju'. Mengapakah wujud perkataan `penipu', `penulis' dan `penapis', tetapi bukannya `petipu', `petulis' atau `petapis'. Saya berharap agar mendapat penjelasan daripada cikgu.
Daripada:
Pencinta Bahasa, Manik Urai, Kelantan
Jawaban:
Kedua-dua perkataan `petinju' dan `peninju' wujud dalam kamus. Perkataan `petinju' bermaksud orang yang `bertinju'. Perkataan `peninju' pula ialah genggaman tangan untuk meninju atau penumbuk. Perkataan `penipu' pula wujud dengan membawa maksud orang yang menipu. Begitu juga halnya dengan perkataan `penulis' dan `penapis' yang membawa maksud orang yang menulis dan alat untuk menapis atau orang yang tugasnya menapis sesuatu seperti menapis filem. Hal inilah yang menyebabkan perkataan `petipu', `petulis' dan `petapis' tidak wujud. Proses pembentukan perkataan ini berbeza dengan perkataan `petugas' yang bermaksud orang yang bertugas. Oleh hal yang demikian, perkataan `penugas' tidak wujud dalam bahasa Melayu.
Friday, March 11, 2011
Ayat sendiri dalam Ringkasan PMR
Salam sejahtera,
Segala usaha dan iltizam Tuan Munsyi Dewan amat dihargai. Sehubungan dengan BM 02/2 (PMR), yakni soalan RINGKASAN, saya mendapati bahawa banyak calon / pelajar yang mempunyai tanggapan salah mengenai pendekatan membuat ringkasan yang mantap. Salah satu kriteria pemarkahan ialah berupaya menggunakan ayat sendiri, yakni (i) pemilihan kata yang tepat; (ii) ayat yang gramatis; dan (iii) penanda wacana yang sesuai. Berhubung dengan kriteria (i), para calon/pelajar begitu ghairah menggunakan kata sendiri sewenang-wenang sehingga maksud asal isi terpesong. Hal ini sudah tentu memeningkan kepala para guru / pemeriksa. Pada pengamatan saya, para pelajar tidak diberi gambaran yang sebenarnya berhubung dengan pemilihan kata yang tepat.
Besarlah harapan saya bahawa Tuan Munsyi dapat meleraikan permasalahan ini, yakni perbezaan antara pemilihan kata yang tepat dengan penggunaan kata sendiri.
Sekian.
Munsyi Bahasa, Pulau Pinang.
Jawaban:
Ayat sendiri bermaksud ayat yang tidak disalin bulat-bulat daripada petikan dari mula hingga akhir. Maksudnya ialah tiada perubahan, pengguguran atau penggantian dibuat. Jika seseorang murid melakukan perubahan seperti pengguguran atau penggantian, ayat yang dibina ialah ayat sendiri. Hal ini termasuklah penukaran atau pengguguran yang melibatkan satu perkataan sahaja. Dalam jawaban ringkasan PMR dan SPM, murid tidak digalakkan menukarkan kata kunci jawaban kepada perkataan lain kerana hal ini akan menyusahkan pemeriksa.
Saya amat bersetuju dengan pendapat tuaan bahawa banyak pihak yang tidak memahami konsep ayat sendiri dalam jawaban ringkasan atau rumusan. Hal ini menyebabkan murid menyalin jawaban yang jauh berbeza dengan jawapan dalam skema jawaban. Oleh hal yang demikian, semua calon PMR dan SPM hendaklah memahami konsep ayat sendiri dalam peperiksaan.

Sunday, January 2, 2011
SESI BARU PERSEKOLAHAN 2011
Moderator Cikguanda.blogspot.com merakamkan ucapan Selamat Meneruskan Pengajian dalam sesi persekolahan 2011 kepada semua pelajar walau di mana anda berada. Semoga pada tahun ini anda memperoleh kekuatan dan kelebihan yang dianugeahkan Tuhan sebagaimana yang diimpikan untuk meraih kejayaan. Kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM), teruskan usaha anda. Semoga usaha yang tidak mengenal jemu dan putus asa akan membuahkan sesuatu yang bermakna buat semua kemudian hari.
Untuk makluman semua, moderator cikguanda.blogspot.com akan melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap isi kandungan dan konsep persembahan laman ini untuk kelihatan lebih ceria, lebih bernilai tambah dan bermaklumat. Jadi, selalulah berkunjung ke laman ini untuk mengikuti perkembangannya dari masa ke masa serta mengutip pelbagai informati yang disediakan.

Saturday, August 28, 2010
ISU-ISU KARANGAN RAMALAN PMR 2010
Tajuk :
Warga tua sering tidak diendahkan oleh golongan remaja. Huraikan cara yang terbaik untuk mendidik remaja agar menyayangi warga
Pendahuluan
- Warga tua merupakan sebahagian daripada masyarakat dan
tidak harus diabaikan atau dilupakan.
- Warga tua merupakan golongan yang pernah berjaya kepada
keluarga dan negara.
- Namun begitu tidak semua warga tua bernasib baik dan
mengalami pelbagai masalah seperti uzur, nyanyuk dan
penyakit yang berbahaya.
Isi 1
- Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak
- Ibu bapa perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap
orang tua kepada anak-anak mereka.
- Secara tidak langsung, anak-anak akan menghormati dan
menyayangi warga tua.
Isi 2
- Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan bukan
sahaja pada hari raya.
- Dapat mempereratkan hubungan antara remaja dan warga tua.
- Warga tua akan berasa terhibur apabila anak dan cucu mereka
pulang menziarahi mereka.
- Remaja akan sedar kepayahan serta kesunyian warga tua.
Isi 3
- Mengada dan memperbanyak kempen untuk menyedarkan
generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua.
- Adakan kempen melalui Hari Ibu dan Hari Bapa, generasi muda
akan membawa ibu bapa mereka berjalan dan sebagainya.
- Melalui kempen ini akan timbul perasaan simpati, kasih sayang
dan hormat golongan tua.
Isi 4
- Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam
jiwa generasi muda.
- Mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya
mendengar rungutan warga tua.
- Dengan adanya sikap begini, mereka dapat mengasihi dan
menjaga keperluan warga tua dengan baik.
Isi 5
- Pihak sekolah perlu mengadakan Hari Keluarga.
- Hubungan antara murid dengan ibu bapa dan guru dapat dieratkan.
- Melalui cara ini juga para murid dapat belajar bagaimana untuk
memenangi dan menghormati warga tua.
- Secara tidak langsung, mereka akn mengamalkan sikap begini
walaupun mereka sudah deawsa.
Isi 6
- Peranan pihak media massa cetak dan elektronik mendidik
remaja.
- Banyakkan cerita-cerita berunsurkan masyarakat penyayang.
- Contoh Majalah Wanita, Televisyen dan radio.
- Menyedarkan remaja akan pentingnya menghormati warga tua.
- Beri pengajaran agar mereka tidak mengabaikan warga tua jika
tidak mahu diabaikan apabila tua nanti.
Penutup
- Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya.
- Kita tidak seharusnya melupakan jasa mereka kepada keluarga
dan negara.
- Kita perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan
menjadi tua seperti mereka.
- Adalah kita mahu dilakukan sedemikian rupa? Jawapannya
tepuk dada tanyalah selera.

Monday, August 23, 2010
SAYANGI ALAM SEKITAR KITA
JOM RAMAI-RAMAI PAKAT SERTAI PRORAM YOU CAN GIVE HOPE TO ORANG UTAN anjuran TV9, Teh Boh Malaysia dan WWF. Ini bukan setakat program sahaja,tetapi satu pertandingan sebagai satu kempen menyanyangi orang utan yang semakin pupus sekarang. Jadi, anda digalakkan membentuk kumpulan untuk merealisasikan program ini. Hadiah lumayan :
RM4,000 untuk kumpulan dan RM4,000 untuk sekolah
RM2,500 untuk kumpulan dan RM2,500 untuk sekolah
RM1,000 untuk kumpulan dan RM1,000 untuk sekolah
Boleh pergi ke Sabah lagi melawat tempat pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan.
Apa lagi daftar sekarang di laman blog berikut :
http://orangutan.com.my/newhope/index.html
Tarikh tutupnya 4 Oktober 2010. Cepat-cepat ya nanti melepas.
Selamat mencuba.

Saturday, November 14, 2009
TEKS BAHARU KOMSAS 2010

ZON 3: NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
SINOPSIS RINGKAS :
Gara-gara merajuk dengan kedua-dua ibu bapanya,
Halim mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Hanya itu sahaja jalan yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.
Namun begitu, Halim tersilap langkah. Perhitungannya telah membawa padah.
Pertemuannya dengan Abang Joe menambahkan lagi kekusutan sehingga dia
terperangkap dengan tipu daya Abang Joe. Apakah yang terjadi selanjutnya?
Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.
Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Seorang insan bergelar bapa selama-lamanya
menginginkan yang terbaik buat anak-anak.
Cuma anak-anak yang selalu hanyut dalam
keinginan sendiri. Apalagi jika sudah terbiasa
nyaman dalam zon selesa.
Dan dunia niaga tiada ruang untuk penghuni zon selesa.
Persaingan dan perlumbaan sentiasa menuntut,
kesungguhan, kelicikan, dan kebijaksanaan.
Renyah oleh seaneka kemelut, Dolhi-Albert Holding
menjadi medan uji akan erti kejujuran,
akan erti setiakawan
akan erti perjuangan
** SELAMAT MEMBACA & MENGHAYATI NOVEL-NOVEL TERSEBUT.
Subscribe to:
Posts (Atom)