Saturday, November 14, 2009

TEKS BAHARU KOMSAS 2010


ZON 3: NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN

SINOPSIS RINGKAS :

Gara-gara merajuk dengan kedua-dua ibu bapanya,

Halim mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Hanya itu sahaja jalan yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.
Namun begitu, Halim tersilap langkah. Perhitungannya telah membawa padah.
Pertemuannya dengan Abang Joe menambahkan lagi kekusutan sehingga dia
terperangkap dengan tipu daya Abang Joe. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.

Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Seorang insan bergelar bapa selama-lamanya
menginginkan yang terbaik buat anak-anak.
Cuma anak-anak yang selalu hanyut dalam
keinginan sendiri. Apalagi jika sudah terbiasa
nyaman dalam zon selesa.
Dan dunia niaga tiada ruang untuk penghuni zon selesa.
Persaingan dan perlumbaan sentiasa menuntut,
kesungguhan, kelicikan, dan kebijaksanaan.
Renyah oleh seaneka kemelut, Dolhi-Albert Holding
menjadi medan uji akan erti kejujuran,
akan erti setiakawan
akan erti perjuangan



** SELAMAT MEMBACA & MENGHAYATI NOVEL-NOVEL TERSEBUT.

Monday, October 19, 2009

Soalan Percubaan 2009

Semua pelajar, guru dan pengguna bahasa yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam peperiksaan SPM boleh memuat turun file soalan percubaan daripada negeri-negeri, MRSM, SBP dan Yayasan Islam Kelantan daripada link berkaitan :

http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/files/SOALAN/SPM/PERCUBAAN%20MRSM%202009/

selamat menduduki peperiksaan, semoga anda memperoleh kejayaan yang dimpikan.

Friday, October 16, 2009

Tugasan Minggu 18 - 23 Oktober

Sila ke laman kelas anda untuk memuat rutun atau menyalin arahan tugasan minggu ini.
Tarikh akhir menghantar tugasan anda ialah 26 Oktober 2009.

Kerjasama anda amat diharapakan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Tuesday, September 15, 2009

TUgasan Minggu Ini

Tugasan baharu untuk semua pelajar 4 Harmonis.
Status tugasan : WAJIB
Gerak kerja : Individu
Tarikh matang : 2 Oktober 2009

(ANDA DIGALAKKAN MELALUKAN PERBINCANGAN SECARA MAYA BAIK BERSAMA GURU ANDA ATAU RAKAN-RAKAN ANDA)

Oleh itu, sila ke laman kelas anda sekarang untuk muat turun file atau maklumat berkenaan bagi membolehkan anda melaksanakan tugasan tersebut.

Selamat Hari Raya...selamat bergembira...selamat menyiapkan tugasan baharu anda.

Thursday, September 3, 2009

Esei 1Malaysia

Kepada semua pelajar kelas 4 Harmonis sila klik link kelas anda untuk melihat arahan selanjutnya.

Sunday, June 28, 2009

TUgasan Minggu Ini

Sila klik pautan kelas anda untuk mendapatkan bahan.

Hantar jawapan anda sebelum atau pada 1 Jun 2009.

Sunday, June 14, 2009

TUGASAN

SIAPA BELUM HANTAR TUGASAN....SILA BERBUAT DEMIKIAN SEGERA SEBELUM 17 JUN 2009.

Tuesday, May 26, 2009

PERINGATAN TUGASAN CUTI SEMESTER 1 2009


Notis peringatan ini ditujukan kepada semua pelajar Tingkatan 4 Harmonis, 5 Amanah dan 5 Jujur. Sila klik pautan (link) bahan bahagian atas blog ini untuk mendapatkan arahan tugasan yang WAJIB dibuat pada masa cuti nanti. Semasa anda berada dalam laman sesawang google groups sila klik pada pautan bahan PERADUAN MENGARANGKEMERDEKAAN.pdf untuk memuat turun bahan atau menyalin arahan tugasan. Sila pastikan anda membuat rujukan menerusi sumber yang berkaitan bagi membolehkan anda membuat tugasan yang berkualiti 1A.

INGAT : Tugasan mestilah dihantar ke emel saya pada atau sebelum 17 Jun 2009.

STATUS TUGASAN : WAJIB

Selamat Datang

Selamat datang ke laman sesawang Kelas BM Maya...semoga sesi pengajaran dan pemelajaran akan berlangsung dengan jayanya menerusi dalam talian. Pastikan talian ini tidak merencatkan minat kita untuk memperkasakan bahasa Melayu. Selamat belajar...